Saturday, January 21, 2012

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Friday, January 13, 2012

hari ini
tiada senda dalam bicara
deru air mata merupakan segalanya
sang hati bicara sendiri
bangunkan ummah
bina generasi
di bumi yang bertuah ini
diriku mula mengenali
matlamat hidup sebagai abdi
kepada ALLAH
ALLAHURABBI
diriku kini sebebas unggas
terbang riang di angkasa raya
menyanyi merdu irama kalbu
indahnya..indahnya...oh indahnya...
wahai generasi
dengarlah pesanan ini
bumi ini bumi bertuah
suburnya sesubur tanaman dilembah
melahirkan insan berjiwa tabah
kutiplah mutiara-mutiara indah
untuk bekalan diri berpindah
sebelum jejak kaki melangkah
sebelum penyesalan membawa padah
sahabat seperjuangan
usah digentar musuh dihadapan
pandanglah didepan balasan tuhan
syurga firdaus menanti kalian
teruskan..oh teruskan
perjuangan menegak kebenaran
di dalam kebungkaman akhir zaman
selagi hayat dikandung badan
wahai teman seperjuangan
dengarlah harapanku ini
pohon untukku di dalam doamu
diriku pejuang islam yang satu